Thursday, June 28, 2012




            SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA 2012                

                                          

 BARISAN KONTINJEN LEKIR 2012


PERSIAPAN RUMAH LEKIR

Wednesday, June 6, 2012

Wednesday, May 16, 2012

Friday, April 22, 2011

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA







     Hasrat untuk mewujudkan sebuah
sekolah Inggeris, bermula pada tahun
1951. usaha ini telah dilakukan oleh
Allahyarham Tuan Haji Nyak Gam(bekas
Ahli Majlis Dewan Negeri Kedah),
Allahyarham Tuan Haji Ahmd( Bekas
Penghulu Mukim Yan) dan dengan bantuan
YTM Tunku Zainol Abidin Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid, Pegawai Daerah Yan
pada ketika itu.

Pada peringkat awalnya, sebuah
bangunan sekolah didirikan mengandungi 6
buah bilik darjah, pejabat dan tandas
serta 2 buah rumah guru.Bermulanya
persekolahan ialah pada 8 Januari 1956
dengan seramai dua orang guru termasuk
Guru Besar dan seramai 45 orang murid
terdiri daripada 28 Melayu dan 17
Cina.Pada ketika itu ia di kenali
sebagai "YEN ENGLISH SCHOOL". Guru Besar
yang pertama ketika itu ialah En Mohamad
bin Mann. Pada tahun ini juga ia di
lawati oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Pada tahun 1958, bangunan B siap
dibina. Sebanyak 4 buah kelas lagi
bertambah dan bilangan murid bertambah
menjadi seamai 216 orang murid. Pada
tahun ini juga sekolah ini dirasmikan
Oleh DYMM Tunku Abdul Halim Mu'azzam
Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan
dilawati oleh YTM Tunku Abdul Rahman
Putra al Haj. Serentak dengan itu nama
sekolah ditukar kepada" LANGKASUKA
ENGLISH SCHOOL YEN". Pada tahun yang
sama FEC ( Futher Education Classes)
dilaksanakan pada waktu petang dan
malam. Pada tahun1959, kejohanan
olahraga pertama diadakan.

Pada tahun 1960 ditambah lagi 6
bilik darjah dengan siapnya pembinaan
bangunan C. Pada tahun ini juga, kelas
Aliran Kebangsaan dimulakan dengan 4
kelas dibuka. Pada tahun 1962, bilangan
murid meningkat sehingga berjumlah 520
orang dan sekali lagi nama sekolah
ditukar menjadi " Sekolah Rendah
Langkasuka ( Inggeris dan Kebangsaan)
Yen, Kedah.

Pada tahun 1964,pelajaran menengah
bermula di daerah Yan.Sekolah Rendah
Langkasuka dan Sekolah Menengah Yan
disatukan di bawah pentadbiran Sekolah
Rendah Langkasuka. Form 1 seramai 66
orang murid dan Tingkatan 1 seramai 6
orang murid dan pada tahun 1965,
pentadbiran antara sekolah rendah dan
menengah di asingkan. Pada tahun 1976,
bilangan murid meningkat sehingga
berjumlah 819 orang dan diwujudkan 2
aliran iaitu pagi dan petang. Pada tahun
2003, kelas Pra dibuka. Pada tahun 2005,
mata pelajaran J-QAF dimulakan dengan 3
orang tenaga pengajar berkelulusan
ijazah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dengan kepesatan pembangunan
Negara menyebabkan berlaku migrasi
golongan muda dari luar bandar ke
bandar. Juga dengan kemudahan prasarana
di sekolah-sekolah lain di Daerah Yan,
merupakan penyebab kepada kekurangan
murid di Sekolah Kebangsaan Langksuka.
Pada tahun 2006, jumlah murid di Sekolah
Kebangsaan Langkasuka ialah seramai 690
orang daripada 340 murid lelaki dan 350
murid perempuan.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

KETUA MURID
TAHUN 2010
GURU-GURU BERSAMA 
KETUA MURID TAHUN
2010